Tuesday, August 18, 2009
MINGGU UJIAN SETARA II
Ujian Setara II telah diadakan pada 17 Ogos 2009 dan akan berakhir 19 Ogos 2009
Saturday, August 8, 2009
KURSUS ANIMASI DALAM PENDIDIKAN
Kursus ini dijangkakan akan diadakan pada 13 Ogos 2009 di Pusat Sumber SKFH pada 12.00 tgh hingga 4.30 ptg.
Saturday, August 1, 2009
Kursus Anjakan Minda
Kursus ini dianjurkan oleh Unit Perkembangan Staf pada 1hb Ogos 2009. Penceramahnya adalah Tn. Hj. Suharpi Lasuddang, Ketua Unit Sains dan Matematik.
BLOG SK FAJAR HARAPAN
Selamat datang ke Blog SK Fajar Harapan
Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan (SKFH) telah dibuka sepenuhnya pada 12 Jun 1995. Sebelum sekolah ini diwujudkan, murid-murid bersekolah di S.K Sahabat 16 iaitu kira-kira 32 km jaraknya dari Kg. Fajar Harapan. Murid-murid yang bersekolah di sekolah ini terdiri daripada anak-anak kakitangan FELDA serta anak-anak penduduk sekitarnya.
Oleh kerana jarak antara S.K Sahabat 16 dan Kg. Fajar Harapan yang agak jauh, maka penduduk Kampung Fajar Harapan dan sekitarnya seperti Kg. Embara Budi, Gemala Pura, Hamparan Badai dan Jeragan Bestari sebulat suara dan bersatu hati untuk mewujudkan sekolah ini. Hasil daripada inisiatif mereka, maka bangunan bekas pejabat Ladang Sahabat 21,22,23,24,25,29,34,36 dan 37 yang telah diubahsuai telah diserahkan kepada pihak sekolah secara rasmi pada 12 Jun 1995 kepada Encik Datu Ali Hassan b. Hj. Datu Jamiudin selaku guru besar pertama sekolah ini.
Bangunan sekolah yang telah diubahsuai ini terdiri daripada 6 buah kelas, sebuah bilik guru, pusat sumber, stor sukan dan 8 unit tandas. Perbelanjaan mengubahsuai bangunan ini dianggarkan sebanyak RM20,000.00. Pada peringkat awal, sekolah ini terdiri daripada 5 orang guru dan 134 orang murid.
Pertengahan 1997, bangunan baru sekolah telah mula dibina. Pembinaan bangunan baru ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak FELDA. Menjelang 1998, bangunan baru sekolah telah siap sepenuhnya. Bangunan baru ini terdiri daripada 12 buah kelas, sebuah ousat sumber, bilik guru, bilik pentadbiran, bilik disiplin, makmal sains dan tandas guru dan murid. Pada 12 Mac 1998, guru-guru dan murid-murid telah mula menggunkan bangunan baru ini. Namun begitu, bangunan lama tetap digunakan bagi kelas Tahun 3 dan 4 serta Bilik Bimbingan dan Kaunseling serta stor sukan.
Kini, sekolah ini di bawah pimpinan Encik Kamaruzaman Hj. Mohammad selaku Guru Besar, barisan Penolong Kanan, 34 orang guru dan 5 orang staf sokongan mampu berbangga dan bersyukur dengan kemudahan yang ada, apatah lagi dengan pembinaan 3 buah bangunan untuk kegunaan murid-murid dan guru-guru kelak. Dengan adanya bangunan baru ini nanti, ia akan dapat menampung bilangan murid yang kian bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 2006, bangunan baru telah digunakan sebagai tempat belajar.
VISI
Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan menjadi “Sekolah Cemerlang” di peringkat Lahad Datu.
MISI
Bagi mendokong hasrat “MEMPERKASAKAN SEKOLAH”, kami warga Sekolah Fajar Harapan berazam untuk memastikan:
1. Persekitaran sekolah yang sentiasa selamat, bersih,ceria dan kondusif.
2. Menggalakkan penglibatan secara menyeluruh dalam kegiatan dan aktiviti kurikulum dan ko- kurikulum.
3. Peningkatan kualiti dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.
4. Tahap perhubungan luar yang baik.
5. Peningkatan tahap disiplin dan sahsiah pelajar yang berterusan.
6. Peningkatan pencapaian UPSR yang berterusan setiap tahun.

Subscribe to:
Posts (Atom)